A Touch of Thai

Issue 42

Industri pelancongan Thai mengalu-alukan sebuah tempat hiburan yang inovatif di mana tarian tradisional dari selatan Thai dipertingkatkan dengan teknik pencahayaan terkini.

Pelancongan merupakan sektor yang semakin pesat berkembang di Thailand. Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2015, 24.3 juta pelancong melawat negara ini, peningkatan sebanyak 24.75% berbanding dengan tempoh yang sama pada 2014.

Dari pergunungan sejuk di utara hingga ke pantai di selatan, Thailand mempunyai banyak daya tarikan semula jadi dan buatan manusia untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa. Di bahagian selatan negara itu, wilayah Krabi, yang dikenali sebagai pintu masuk ke pelbagai pantai dan pulau-pulau, kini, PAKA Showpark, adalah satu tarikan yang pertama seumpamanya di Thailand.

Illumanorah adalah kompleks hiburan campuran pencahayaan, menggunakan lampu berwarna-warni LED dan lampu belakang, dan tarian tradisi dari selatan Thai yang indah dipanggil Manorah.

"Persembahan Illumanorah di PAKA Showpark menceritakan fantasi dengan lagu-lagu dan tarian," kata Chatuphol Sittichai, naib pengerusi PAKA Showpark. "Persembahan ini kerap diadakan supaya pelawat mempunyai peluang untuk mengalami pengalaman yang berbeza semasa lawatan mereka."

Idea untuk membina kompleks hiburan adalah sebahagian daripada perniagaan hartanah keluarga Sittichai di wilayah Khonkaen timur laut. "PAKA Showpark adalah campuran penganjur acara dan perniagaan hartanah," katanya. "Saya mahu menarik pelancong dating. Oleh yang demikian saya mula mencari wilayah di mana jumlah pelancong yang tinggi."

Krabi adalah wilayah yang mempunyai jumlah kedua tertinggi pelancong di selatan Thailand, tambah Sittichai, yang menjadikan ia lokasi utama untuk membina sebuah tarikan inovatif yang menggabungkan budaya tempatan dengan teknologi yang menarik.

Nama "showpark" ini menunjukkan hubungan yang kuat dengan kawasan tempatan, dengan PAKA berasal dari Pakasai, nama asal wilayah. Semua penghibur adalah warga tempatan, dan restoran di taman itu adalah kedai kedai makan yang ditubuhkan di Krabi sendiri.

Krabi juga berkembang pesat akibat dari penerbangan terus dari Scandinavia, China dan Hong Kong ke Krabi. Dan juga dari negara-negara jiran, terutamanya Malaysia, semakin melihat daya tarikan destinasi pulau itu.

"Saya menjangkakan bahawa pengunjung dari Scandinavia, China, Malaysia dan Thailand adalah sekata," kata Sittichai. "Lebih banyak pelancung dari negara-negara ASEAN akan melawat Thailand untuk rehat hujung minggu yang pendek."

Sittichai mempromosikan daya tarikan baru ini melalui ejen-ejen pelancongan, serta menghadiri pameran bergerak dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.

"Saya fikir anda perlu memahami kekuatan anda dan inovatif," katanya. "Sebagai seorang pemimpin mungkin sukar, tetapi mengikut orang lain adalah lebih sukar. Matlamat jangka panjang saya ialah untuk mewujudkan PAKA Showpark di wilayah lain untuk menampung lebih ramai pelancong. "
Sittichai juga percaya prospek bagi industri pelancongan Thailand pada 2016 adalah cerah seperti biasa.
"Pelancongan di Thailand akan terus berkembang memandangkan negara mempunyai sumber yang banyak, makanan yang menakjubkan dan orang-orang hebat," katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pakashowpark.com
Ditulis oleh Pimsirinuch Borsub

 

 

 

Issue 41

Bersungguh-sungguh melatih ahli terapi spa warga Thai untuk menjadi yang terbaik di dunia, 'Spa Cenvaree, Centara Hotels and Resorts bertujuan untuk mewujudkan penginapan dengan kenangan untuk tetamu melalui rawatan spa.

Dengan lebih daripada 14,000 spa di Thailand, persaingan untuk menawarkan perkhidmatan yang paling unik semakin meningkat. Banyak spa menawarkan rawatan inovatif manakala yang lain memberi tumpuan kepada latihan ahli terapi untuk piawaian tertinggi., Tara Hanrahan yang berasal dari Australia kini dilantik menjadi Pengarah Operasi Kumpulan Spa Cenvaree, Centara Hotels and Resorts.
"Pada mulanya saya bermula sebagai ahli terapi," kata Hanrahan, "Saya belajar aromaterapi dan urut kemudian berpindah ke terapi spa gaya lain. "

Seorang pereka inovatif telah merekacipta tikar plastik tradisional dan mengubahnya menjadikan ia gaya hidup rumah serta memenangi anugerah inovatif.

Pasaran perabot Thai merupakan sektor yang pesat membangun, dengan reka bentuk baru dan pertukangan mahir menjadi faktor penting dalam pertumbuhan industri. Pada tahun 2014, eksport perabot bernilai 38.5 bilion baht.

Doonyapol Srichan menjelaskan bahawa teman wanita yang juga pereka, Sini Henttonen mencetuskan inspirasi bagi mengasas Syarikat Product Design Matters (PDM), apabila dia berkata bahawa tikar plastik berwarna-warni dan berkilat yang digunakan di rumah dan kuil-kuil di Thailand adalah sama seperti permaidani di Barat.

"Permaidani adalah sesuai untuk iklim yang lebih panas jadi saya mahu membangunkan reka bentuk tikar dan permaidani," kata Srichan. "Kami adalah syarikat Thai yang pertama untuk mengambil tikar plastik dan dibangunkan menjadi sesuatu yang baru dan moden. Orang berfikiran tikar adalah gaya hidup zaman lampau. Kami telah menyelesaikan masalah itu dan kita boleh sepadan tikar dengan perabot elegan dan moden sekarang. "

Menurut Srichan, pasukannya bertekad untuk mengubah rupa dan gaya tikar tradisional. "Kami menghabiskan setahun untuk membangunkan bahan supaya menjadi lebih tahan, dan kami menggunakan moto bahawa produk kami kelihatan baik seperti permaidani tetapi mudah untuk dibersihkan," katanya. "Kami juga telah menenun ia menjadi 30% lebih padat untuk memberikan keselesaan yang lebih baik."


Disalut dengan perencat UV, tikar/permaidani ini boleh digunakan di dalam dan di luar rumah. Dengan menggunakan plastik kitar semula untuk mengurangkan bersinar dan berkilat, produk PDM direka untuk menjadikan ia lebih klasik dan tahan lama. "Saya rasa permaidani adalah kunci untuk mewujudkan suasana yang hangat dalam rumah," kata Srichan.

Jenama ini telah mencapai kejayaan, menerima anugerah Tanda DE dari Thailand dan Anugerah Reka Bentuk Terbaik dari Jepun, serta pengiktirafan antarabangsa yang lain. Tekstil inovatif ini juga disimpan di dalam perpustakaan tekstil di Milan dan New York, serta Pusat Kreatif dan Rekaan Thailand (TCDC) di Bangkok.

Dengan eksport ke Sepanyol, Australia dan Jepun, PDM telah melancarkan produk-produk lain, seperti beg dan perabot yang diperbuat daripada tenunam tekstil yang sama.

Sekarang, Srichan merekacipta projek baru, kerana dia merasakan reka bentuk sebagai ciri penting dalam pembangunan berterusan negara ini.

"Industri rekacipta di di Thailand telah banyak berkembang," katanya. "Kerajaan dan DITP juga telah memberi perhatian yang lebih untuk industry ini. Budaya Thai adalah sangat mendalam tetapi perlu ada lebih banyak pembangunan produk. Rekaan boleh menjadi senjata sesebuah negara dan saya percaya bahawa ia boleh memacu ekonomi ke hadapan. "

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pdmbrand.com

Perkataan dengan Pimsirinuch Borsub

 

 

Setiap tahun, Thailand mengalu-alukan kedatangan berjuta-juta pelancong dari seluruh dunia yang ingin bercuti, bersantai dan dimanjakan. Industri spa telah menyaksikan pertumbuhan yang besar untuk beberapa tahun, seperti yang dilihat dalam pembukaan spa bertaraf dunia baru, Borisud Pure Spa.

"Spa ini telah diilhamkan berdasarkan idea ingin menawarkan kepada pelanggan asal-usul kebijaksanaan spa dan ketenangan abadi," kata Ampa Tiengtrakoonthong, pengurus Borisud Pure Spa. Untuk Tiengtrakoonthong, kesejahteraan pelanggan adalah yang paling penting dengan rawatan khusus yang disesuaikan dengan kehendak dan keadaan individu.

" Produk kesihatan dan rawatan badan kami diperbuat daripada produk semula jadi dan bebas daripada bahan kimia, yang menjamin peremajaan minda, badan dan jiwa," kata beliau. "Majoriti produk spa di sini adalah dibuat daripada herba dan bahan-bahan dari Thailand. "

Dibuka pada tahun 2013 di Mode Sathorn Hotel, lokasi Borisud Pure Spa yang hanya lima minit berjalan kaki dari stesen BTS Surasak membuatkan spa tersebut berbeza dari pesaingnya.
"Kami berbangga dengan kemudahan moden dan rawatan terkini," kata Tiengtrakoonthong.
"Kami menawarkan sauna infra-merah, jakuzi, mandi wap atau mandi sejuk dan pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis urutan badan, lulur badan, balutan badan dan rawatan muka."

Kebanyakan pelanggan yang dating adalah dari Asia, iaitu dari Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Kira-kira 45% adalah pelanggan yang menginap di hotel ini, dan 55% adalah tetamu hotel yang datang untuk membuat rawatan di spa tersebut, menurut Tiengtrakoonthong.

 

Beliau percaya bahawa industri spa secara keseluruhan, memainkan peranan penting dalam membuat spa dari negara Thai dikenali di seluruh dunia. "Apa industri spa Thai tawarkan adalah keunikan dari segi layanan, sambutan yang hangat dan rawatan tradisional Thai yang tidak boleh didapati di tempat lain," kata beliau.

Tiengtrakoonthong juga percaya Komuniti Ekonomi ASEAN(AEC) yang akan datang, akan menyediakan lebih banyak peluang untuk industri spa negara.

"AEC akan membuat perjalanan lebih mudah, yang bermaksud Thailand akan mempunyai lebih banyak pengunjung," kata beliau. "Ini akan mehjadikan pusat spa dan kesihatan memberi tumpuan kepada mengekalkan daya saing melalui perkhidmatan dan produk yang mereka tawarkan. Ia adalah situasi baik bagi kedua-dua pengendali spa dan pelanggan. "

Bagi 2016, Borisud Pure Spa merancang untuk mengembangkan kesedaran jenama dan meningkatkan pendedahan di seluruh Thailand, dan juga di peringkat antarabangsa.

"Kami akan bekerja lebih rapat dengan media elektronik dan menawarkan lebih banyak tawaran di laman web kami kerana kami percaya ini adalah alat yang berkesan untuk menyasarkan pasaran kami," kata Tiengtrakoonthong.

"Pada masa yang sama, kami akan terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan [peringkat] perkhidmatan dan kualiti produk kami untuk mencapai kepuasan pelanggan yang lebih tinggi."

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.modesathorn.com/spa

Disusun oleh: Manisa Maini

 

 

 

386923