Issue 61

Beran yang di eksport dari Thailand tidak dicemari dengan bahan-bahan lain, Menteri Perdagangan Apiradi Tantraporn mengesahkan pada 6 Januari, berikutan catatan Facebook dari Amerika Syarikat yang mendakwa bahawa beras dari Thailand dicampur dengan plastik.

"Siam Grains, pengeksport jenama beras Jasmine yang disebutkan di laman web media sosial, yakin bahawa produk-produknya adalah bebas daripada bahan-bahan asing kerana ia menggunakan pengeluaran secara moden dan teknologi pembungkusan," kata Tantraporn. "Beras Thai adalah berkualiti tinggi dan ia lulus dalam proses pemeriksaan kualiti tinggi sebelum dieksport."

Menteri itu mengesahkan bahawa pengimport sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang yang mungkin terhadap orang yang menyiarkan video di Facebook.

Sementara itu, Ketua Pengarah DITP Malee Choklumlerd menolak khabar angin baru-baru ini bahawa buah-buahan dalam tin Thailand telah tercemar dengan virus HIV.

"Mesejnya adalah satu penipuan," kata Choklumlerd. "Virus HIV memerlukan sel manusia untuk hidup dan ia tidak hidup lama di luar tubuh manusia. Oleh itu, ia tidak mungkin untuk produk dalam tin untuk menjadi tercemar dengan virus HIV. Produk dalam tin Thai diperiksa dengan teliti dan disahkan mengikut piawaian antarabangsa sebelum ianya di eksport. "

 

366804