Issue 59

DITP melancarkan Anugerah Kecemerlangan Rekebentuk 2016 (Demark) kepada pereka Thai yang menyerlah pada satu majlis yang dianjurkan pada 21 Oktober di BITEC Bangna, Bangkok.

"Tahun ini, 330 syarikat dan pereka telah mengemukakan 616 penyertaan, manakala 67 penyertaan daripada 54 syarikat telah dianugerahkan logo DEmark," kata ML Kathathong Thongyai, Pengarah Institut Rekabentuk dan Promosi Inovasi Thailand. Anugerah diberikan kepada produk perabot (9) gaya hidup (26), fesyen dan tekstil (4), perindustrian (9), makanan, pembungkusan kesihatan dan kecantikan (6), dan reka bentuk grafik (13).

Misi Anugerah DEmark ini adalah untuk menyokong syarikat dan pereka Thai dalam menambah nilai dan membuat perbezaan dari segi reka bentuk dan fungsi. Logonya adalah jaminan reka bentuk yang baik dan standard kualiti antarabangsa.

 

 

365846