Issue 55

Persekutuan Industri Thai (FTI) memberi sokongan penuh kepada DITP kerana menganjurkan Pameran Permata dan Barang Kemas Bangkok 2016 ke-58 (BGJF58), yang akan diadakan di Challenger Hall, Impact, Muang Thong Thani, Bangkok dari 7 hingga 11 September.

FTI telah bekerjasama dengan DITP dalam mempromosi dan menyokong syarikat dalam sektor permata dan barang kemas di negara ini untuk menjadi lebih kuat dan bersaing di pasaran global.

"BGJF58 akan memberi peluang penting untuk perniaga permata dan barang kemas Thailand untuk bertemu dan bertukar inovasi dan pengetahuan, dan perdagangan dengan syarikat-syarikat dan pembeli dari lebih daripada 160 buah negara," kata Pengerusi FTI Chen Namchaisiri.

368786