Issue 44

Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi, Somkid Jatusripitak, menyatakan bahawa lawatan ke Iran pada 30 Januari dan Oman pada 3 Februari baru-baru ini telah Berjaya memupuk hubungan yang kukuh. Selain mencari tawaran perdagangan utama dalam sektor beras dan getah, rundingan untuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan pelaburan perindustrian bergerak maju.

Menteri Perdagangan Apiradee Tantraporn berkata di Oman, pasukan perwakilan dapat menjana minat dalam pelaburan dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan di Thailand. Oman telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji FTA dengan Thailand, bersama-sama dengan Arab Saudi, Kuwait, UAE, Qatar dan Bahrain.

Di Iran, pegawai-pegawai Thai dapat memperluaskan kerjasama perdagangan dan pelaburan dalam makanan diproses, makanan Halal, bahan kimia dan peralatan digital.

Perbincangan dengan sektor swasta telah membawa kepada tawaran untuk 300,000 tan beras dan 20,000 tan separa-getah yang akan dieksport dari Thailand ke Iran, dengan nilai 5.3 bilion baht.

 


 

 

368767