Pusat Dagangan Thai di Rom dan Conad (Consorzio Nasional Dettaglianti), salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Itali telah menganjurkan satu promosi untuk produk makanan Thai di Taste of Thailand @ Conad 2015 pada bulan Mei yang lalu. Produk yang paling popular adalah beras, bir dan produk makanan beku.

"DITP berpendapat uasahasama dengan pasar raya besar Eropah adlah penting dalam mempromosikan produk makanan Thai. Jabatan ini merancang untuk bekerjasama dengan pasar raya Conad lagi pada masa depan, " kata Ketua Pengarah DITP Malee Choklumlerd pada 15 Disember.

Dalam sepuluh bulan pertama tahun ini, perdagangan dua hala antara Thailand dan Itali berjumlah AS $ 2.7 bilion. Import Thailand dari Itali bernilai AS $ 1.5 bilion, dan eksport mencecah US $ 1.1 bilion. Eksport utama adalah seperti bahagian-bahagian automotif, unit penyaman udara, makanan sejuk beku, barang kemas dan aksesori.

 

 

368591