Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan (MOC) pada bulan November melancarkan projek yang dikenali sebagai Smart Online SMEs (SOS) untuk menggalakkan para pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara online.

"MOC akan terus menyokong pembangunan PKS dan membantu mereka untuk kekal berdaya saing dalam pasaran dunia," kata ApiradeeTuntraporn, Menteri Perdagangan pada 7 November 2015. "Mereka [PKS] juga digalakkan untuk menjalankan lebih banyak perniagaan melalui dagangan secara online. "

Menurut Tuntraporn, 3,000 pengusaha PKS akan digalakkan untuk menggunakan dagangan secara online, di mana 1000 pengusaha mempunyai potensi sebagai pengeksport

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ditp.go.th dan http://www.dbd.go.th

 

 

368916