Issue 38

Pengarah DITP – Jeneral, Malee Choklumlerd, mengumumkan bahawa sebanyak sembilan buah syarikat kandungan digit telah menyertai MIPCOM 2015, iaitu salah satu acara terbesar di dunia bagi industri kandungan digit dari 5 Oktober hingga 8 di Cannes, Perancis.

DITP telah bekerjasama dengan Agensi Promosi Industri Perisian (SIPA) dan Persatuan Animasi dan Grafik Komputer Thai (TAGCA)  untuk membawakan syarikat-syarikat ke MIPCOM. Acara ini telah menghasilkan $ 4 juta ke atas, atau nilai jualan yang lebih kurang 140 juta baht.

“Peniaga kita betul-betul suka hati dengan maklum balas,” kata Choklumlerd. “Kami akan membawa lagi banyak perniagaan kandungan digit ke MIPCOM pada 2016 sebab ia telah jelas menunjuk bahawa industri kandungan digit kita mempunyai potensi yang amat tinggi dari segi daya cipta dan kualiti.”

Pada 2014, jumlah nilai yang dihasilkan dari industri kandungan digit adalah lebih kurang 46 ribu juta baht – 26 ribu juta baht bagi filem dan 20 ribu juta bagi animasi dan permainan. Daya industri bergantung pada pembuatan dan perkhidmatan selepas pembuatan dan grafik computer.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ditp.go.th/

 

 

 

368720