Issue 66

Darunotai Vajrodaya, pemilik dan pereka Magical Realisme memberitahu Horizon bagaimana dia menjadikan minatnya terhadap barang kemas dan perhiasan diri kepada profesion.

Bolehkah anda memberitahu kami sedikit tentang Realisme Magical?

Saya mahu menjadi seorang pereka barang kemas dan perhiasan diri sejak saya berumur 15 tahun kerana saya suka fesyen, dan barang kemas adalah hobi serta minat saya. Ditubuhkan pada 2015, syarikat saya kini mempunyai empat jenama barang kemas dan aksesori termasuk Darunotai, Magical Realisme, Charming Realisme dan Maya Luxana; setiap daripada mereka mempunyai ciri-ciri dan sasaran pelanggan yang berbeza.

Bolehkah kamu terangkan lebih lanjut mengenai jenama anda?

Jenama pertama saya, Darunotai adalah jenama barang kemas yang halus. Koleksi ini telah dibangunkan daripada projek ketika tamat pengajian saya bertajuk Lost at Sea, yang saya lakukan di Central Saint Martins College of Arts and Design, University of Arts, London. Koleksi ini telah diilhamkan dari sesungut sotong. Saya menganggap sesungut sebagai garis bentuk bebas, dan membayangkan bagaimana ia boleh di bentuk pada tubuh manusia. Maka terciptalah koleksi Darunotai. Manakala, jenama Magical Realisme pula, memberi tumpuan kepada aksesori fesyen seperti beg dan cincin, yang diilhamkan daripada objek-objek harian, direka semula dengan fungsi dan gimik tambahan seperti beg tangan yang kelihatan seperti botol minuman keras. Jenama Charming Realisme menawarkan fesyen barang kemas pada harga yang berpatutan manakala Mayaluxana adalah perhiasan mewah dengan konsep makhluk mitos dari Hutan Himavanta, iaitu hutan legenda dalam mitologi Hindu.

Apakah kekuatan jenama anda?

Kami sengaja memilih bahan berkualiti daripada pelbagai sumber dalam dan luar negara untuk memastikan rekaan barang kemas tersebut akan membantu meningkatkan personaliti pemakai 'dan mereka harus berasa selesa ketika memakainya. Semua koleksi adalah buatan tangan dan boleh disesuaikan. Kami membenarkan pelanggan kami untuk memilih bahan-bahan mereka suka untuk perhiasan mereka dan harga akan berdasarkan daripada bahan-bahan, seperti batu permata, emas dan perak.

Apa yang paling membanggakan kejayaan anda?

Saya dipilih oleh Wallpaper Magazine sebagai pereka barang kemas yang perlu dilihat pada 2014 di UK. Kerjatangan saya, koleksi Darunotai – yang pada masa itu adalah projek ketika tamat pengajian saya - telah dipaparkan dalam Wallpaper Magazine- Next Generation keluaran Januari 2014 .

Di manakah anda menjual barang kemas anda?

Pelanggan dapat melihat dan membeli koleksi barang kemas kami di gedung membeli-belah Emporium di Bangkok serta saluran dalam talian, seperti Facebook, Instagram dan Line.

Siapa pelanggan anda?

Pada masa ini, 60% daripada pelanggan kami adalah dari luar negara dan selebihnya adalah warga Thailand. Walau bagaimanapun, setiap jenama mempunyai sasaran pelanggan yang berbeza. Eropah lebih suka Darunotai, sementara yang lain daripada Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Timur Tengah lebih suka untuk membeli koleksi Charming Realisme. Mayaluxana, setakat ini, lebih disasarkan untuk rakyat Thailand kerana mereka memahami latar belakang Hutan Himmavanta, dan bersedia untuk membayar untuk koleksi ultra-mewah ini. Manakala pelanggan dari Rusia dan China adalah sasaran untuk Magical Realisme.

Apakah perancangan masa depan anda?

Saya ingin mempunyai kedai utama di Thailand dan aktif berkembang ke pasaran antarabangsa dengan membuka kedai segera atau mempamerkan dan mengedarkan koleksi saya dalam pameran perdagangan barang kemas terkenal. Saya akan memberi tumpuan lebih kepada meningkatkan kesedaran jenama melalui laman web dan media sosial di mana saya boleh memantau tabiat pembelian pelanggan, berinteraksi dengan mereka dan mendapat maklum balas dalam masa yang sama . Ini membantu saya untuk lebih membuat koleksi dalam memenuhi tuntutan mereka. Saya juga merancang untuk mengemukakan koleksi barang kemas saya untuk Anugerah Rekaan Cemerlang (DEmark) dan saya percaya bahawa jika saya menang anugerah ini, saya akan mendapat peluang yang lebih besar untuk menembusi pasaran ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.darunotai.com atau mengikuti FB: MagicalRealismWorld, Instagram: MagicalRealismWorld dan Line ID: House of Magic.

Foto ihsan daripada Realisme Magical 

366669