Issue 53

Horizon mewawancara Bunphot Kliaphungphit, pengasas dan pengarah urusan Coco Easy bagaimana inovasi memudahkan pencinta air kelapa.

Apa idea di sebalik Coco Easy?

Ia datang dari pengalaman saya sendiri yang ingin minum air kelapa, tetapi tidak tahu cara terbaik untuk meretak tempurung kelapa. Saya menhabiskan kira-kira 10 tahun untuk percubaan dan kesilapan sebelum mencapai penyelesaian yang terbaik pada tahun 2013, dan saya mendaftarkan paten bagi ciptaan Coco Easy tahun yang sama. Inovasi saya membolehkan pengguna untuk minum air kelapa terus dari tempurungnya semudah minum dari tin atau botol. Kami mengukir dua alur bulat pada temourung kelapa dan menetapkan cincin-tarik di alur yang lebih kecil. Untuk minum air kelapa, anda boleh membuka tempurung dengan mudah dengan menarik cincin-tarik. Anda juga boleh makan isi kelapa dengan menariknya jauh dari tempurung kelapa dalam alur yang sebesar tangan anda.

Siapakah pelanggan utama anda?

Di dalam negara, Coco Easy mensasarkan pemain golf dan pelancong asing. Kami mengedar produk-produk kami di padang golf, hotel dan beberapa pasar raya seperti Gourmet Market di Siam Paragon dan rangkaian Supermarket Tops. Kami juga mengeksport produk Coco Easy ke negara-negara lain termasuk China, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Jerman dan negara-negara Eropah yang lain.

Apakah ramalan anda untuk pasaran air kelapa?

Pasaran dijangka berkembang secara beransur-ansur, terima kasih kepada pengguna yang mementingkan kesihatan dan trend ke arah produk organik. Permintaan bagi air kelapa semakin meningkat di banyak negara, seperti China dan Amerika Syarikat.

Bagaimanakah Coco Easy membezakan dirinya daripada pesaing?

Coco Easy menjual produk yang berkualiti dan tidak pernah bersaing dengan jenama lain melalui potongan harga. Sumber kelapa hijau muda segar kami adalah dari Ratchaburi dan Samut Sakhon yang mana kelapa berkualiti terbaik ditanam. Selain itu, pengguna boleh minum air kelapa kami dengan mudah bila-bila masa dan di mana sahaja dari tempurung tanpa perlu bimbang bagaimana untuk membukanya.

Apakah perancangan masa depan anda?

Pada masa ini, Coco Easy mempunyai sebuah kilang di daerah Rangsit, wilayah Pathum Thani dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 3,000 biji sehari. Pada separuh pertama 2017, Coco Easy akan mempunyai satu lagi kilang di Ratchaburi. Ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kami kepada kira-kira 40,000-50,000 kelapa setiap hari. Kami juga merancang untuk memperluaskan pasaran kami di Timur Tengah, Eropah, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Kami sedang bekerjasama dengan institut penyelidikan untuk meningkatkan jangka hayat produk Coco Easy.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.coconuteasy.com

367599