Wawancara Horizon Thailand dengan Siriorn Teankaprasith, pengasas jenama Painkiller fesyen untuk lelaki, tentang inspirasi beliau dan rahsia perjalanan beliau untuk menjadi salah satu pereka yang paling terkenal di Thailand.

Bolehkah anda menceritakan latar belakang penjenamaan Painkiller?
Jenama ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 semasa tahun akhir saya belajar dalan rekaan pakaian untuk lelaki di Esmod Paris. Setiap satu daripada koleksi saya mempunyai cerita di belakangnya. Ia boleh diilhamkan melalui buku, pengalaman saya dari ketika saya belajar di Paris, dari perjalanan hidup, seni atau gabungan pelbagai budaya.

Bagaimana anda menggambarkan ciri-ciri utama jenama?
Painkiller mewakili minimalism dan lagi romantik dalam gaya pakaian berfesyen. Ia tidak terlalu maskulin dan tidak terlalu feminin dengan jumlah yang tepat dalam seni reka bentuk dan butiran, menjadikannya sesuai untuk dipakai setiap hari tanpa rasa bosan. Ia memberikan perasaan moden dan keyakinan kepada si pemakai. Sejak Painkiller menawarkan pakaian semi-formal, kita mendapati bahawa majoriti pelanggan kami adalah dari bidang seni, seperti pereka bentuk dalaman, seni bina dan pengiklanan.

Apakah pasaran eksport utama anda?
New York adalah eksport pertama kami tetapi pada masa ini Jepun adalah pasaran terbesar kami. Selain itu kami mempunyai pembeli tetap dari Singapura dan Hong Kong. Pembeli China juga telah menyatakan minat mereka untuk bekerjasama dengan kami, tetapi itu masih di peringkat perbincangan.

 

Bolehkah anda berkongsi kunci kepada kejayaan anda?
Keaslian jenama Painkiller, perhatian tinggi terhadap ketelitian dan kualiti adalah kunci kepada kejayaan kami. Kami tidak menghasilkan barang-barang kami secara besar-besaran kerana kami percaya pelanggan kami mencari sesuatu yang unik untuk membezakan diri mereka dari yang lain. Beberapa koleksi adalah edisi terhad. Selain mereka rekaan yang baik, kimi masih menggunakan teknik jahitan tradisional. Tukang jahit kami memotong dan menjahit setiap bahagian dengan jahitan kemas memastikan bahawa kita menhasilkan barangan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan kami.

Apakah hasil kerjatangan yang paling membanggakan anda setakat ini?
Ia adalah koleksi yang dikenali sebagai 'Best Friend', yang telah dilancarkan pada tahun 2011. Diilhamkan dari cerita pendek oleh MR Kukrit Pramoj berjudul Mom, koleksi yang memaparkan imej lelaki Thailand kearah zaman antarabangsa. Ia adalah gabungan kontemporari dan dipadankan dengan potongan blazer tradisional Thai dan diilhamkan keatas baju tradisional Oxford berpasangan dengan seluar berwarna-warni. Bagi saya, fikiran adalah sangat unik dan bergaya, dan menyampaikan ciri gaya Thailand menerusi jenama.

Apakah kekuatan industri fesyen Thai?
Selain sumber yang sediaada, kita mempunyai tenaga kerja yang berbakat dan berkemahiran. Pereka Thai, terutamanya pendatang baru, tidak malu untuk meluahkan kreativiti dan idea mereka. Ini telah menyumbang kepada pertumbuhan industri.

Apa rancangan anda untuk 2015-2016?
Baru-baru ini kami telah melancarkan jenama lain untuk pelanggan sediaada kami dan rancangan kami buat masa ini adalah untuk memberikan tumpuan untuk mencari pelanggan baru. Kami akan cuba untuk mendapatkan lebih banyak pembeli Jepun dan mudah-mudahan akan dapat menjalankan perniagaan dengan rakan kongsi dari negara China.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://painkillerbkk.com

 

 

368745