Bulan November adalah satu bulan yang penting dalam sejarah hubungan antara Thailand dan Belgium dengan projek Persahabatan Thai-Belgium.

Mungkin simbol paling kekal hubungan Thai-Belgium adalah Belgium Thai Friendship Bridge, kerjasama antara Kementerian Kerja Raya Belgium dan Pentadbiran Metropolitan Bangkok. Jambatan ini dibina pada tahun 1988 dalam masa kurang daripada 24 jam dan adalah jejambat yang pertama di Bangkok, menurut Duta Belgium Marc Michielsen.

Walau bagaimanapun, hubungan Thai-Belgium sudah menjadi sejarah hampir 150 tahun . Perjanjian perdagangan dua hala yang pertama telah ditandatangani pada tahun 1868. Gustave Rolin-Jaequemyns, seorang peguam Belgium, diplomat dan penasihat umum kepada HM King Rama V di antara 1892 dan 1901 telah dikurniakan dengan gelaran Chao Phya Abhai Raja, anugerah tertinggi yang pernah diberikan kepada rakyat asing.

Count Gerald van der Straten Ponthoz, saudara jauh Rolin-Jaequemyns, adalah Pengerusi Yayasan Chao Phya Abhai Raja Siammanukulkij yang telah ditubuhkan sebagai penghormatan terhadap keturunan beliau.

Selain memelihara ingatan Rolin-Jaequemyns, organisasi tersebut telah menjalankan pelbagai projek untuk kanak-kanak kurang bernasib baik, dan memberikan mereka peluang menjana pendapatan, seperti pembinaan stadium state-of-the-art Chiang Rai Hill, yang van der Straten Ponthoz percaya adalah salah satu stadium bola sepak milik persendirian yang terbaik di dunia.

Pada bulan November, yayasan itu akan melihat semula projek Persahabatan Thai-Belgium. Van der Straten Ponthoz percaya ia adalah lanjutan daripada hubungan baik antara kedua-dua negara.

"Anda boleh mengatakan bahawa kita [Thailand dan Belgium] adalah rakan selama-lamanya," katanya. "Terdapat juga sebuah persahabatan yang tulen antara keluarga diRaja Belgium dan Thailand."

Belgium Thai Friendship Bridge telah dirasmikan di hadapan DYMM Puteri Maha Chakri Sirindhorn, dan Prince Philippe dan Puteri Mathilde daripada Belgium hadir sama apabila ia telah dipermodenkan pada tahun 2013,.

"Kami melakukan projek ini kerana persahabatan ," kata Van der Straten Ponthoz.

Projek Persahabatan Thai-Belgium akan melibatkan satu siri peristiwa yang terbuka kepada orang ramai. Jambatan Thai-Belgium akan dihiasi dari 18 Oktober hingga 30 November dan keretapi elektrik disaluti dengan lambing Thai-Belgium pada seluruh bulan November. Terdapat juga pameran fotografi lawatan diraja dari 01-08 November dan Pameran Jambatan Gallothai Thai-Belgium (Chocolate) dari 5 hingga 8 November, di Siam Paragon.

Acara ini juga akan memberi tumpuan kepada hubungan ekonomi antara kedua-dua negara, dengan Forum Ekonomi di Kampus Suvarnabhumi ABAC (Assumption) University, yang diperkenalkan oleh Dr. Kirida Bhaopichitr, pakar ekonomi di Bank Dunia pada 4 November.

"Eksport dari Belgium ke Thailand meningkat pada tahun 2013 sebanyak 5.7%," kata Duta Belgium Marc Michielsen dalam temu bual dengan media tempatan. "Bahan kimia, batu permata termasuk berlian, logam, mesin dan peralatan dan plastic adalah antara yang utama. Eksport dari Thailand ke Belgium terutamanya terdiri daripada jentera dan kelengkapan, batu permata, logam, plastik dan bahan-bahan pengangkutan. "

Acara-acara yang lebih eksklusif, seperti parti koktel pameran fotografi, di hadapan HRH Puteri Maha Chakri Sirindhorn di Siam Paragon pada 1 November dan acara peringatan gala amal makan malam di Plaza Athenee pada 3 November bertujuam untuk mengumpul wang untuk membantu Polis Sempadan Thai membina sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Thailand. Projek ini diakhiri dengan parti koktel Thailand Elite Royal Potret di Plaza Athenee pada 9 November.

Van der Straten Ponthoz, walaupun kepentingan hubungan ekonomi dua negara ini diutamakan, manfaat pendidikan dari projek adalah lebih penting. "Forum ekonomi tarikan utama bagi komuniti perniagaan tetapi pelajar adalah masa depan," katanya.

Ditulis oleh Mark Bibby Jackson

Untuk maklumat lanjut mengenai projek Persahabatan Thai-Belgium, layari: https://www.facebook.com/thaibelgianfriendship2015

 

 

 

368552