Perhiasan Thai mempunyai reputasi ketukangan yang berkualiti tinggi dan mantap, tetapi perubahan perlu dilakukan untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran fesyen dunia.

Walaupun permata dan barang kemas industri Thailand yang terkenal dengan ketukangan yang cantik, namun usahawan Thai perlu memberikan tumpuan yang lebih kepada reka bentuk dan pemasaran untuk bersaing dengan negara lain di dunia fesyen, kata seorang tokoh sektor utama.

"Thailand adalah pembuat peralatan asal bertaraf dunia (OEM) untuk pelbagai jenis produk termasuk permata dan barang kemas, namun pengeluaran ini perlu dipertingkatkan," kata Jumpol Denmekha, Timbalan Pengarah The Gem and Jewelry Institute of Thailand (GIT).

Menurut Denmekha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan 95-97% daripada industri barang kemas Thailand dan mereka memerlukan bantuan dari institut itu.

" Tujuan GIT ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan usahawan Thailand suaya dapat bersaing di pasaran dunia," katanya. "Kami menyediakan latihan mengenai reka bentuk, teknik dan pemasaran [untuk] usahawan."

Ia ditubuhkan pada tahun 2003 dan diiktiraf oleh Konfederasi Barang Kemas Gabungan Dunia. Ia juga telah menjadi salah satu daripada tujuh makmal terkemuka di dunia yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengharmonian Manual Makmal (LMHC).

"GIT telah bekerja keras dengan jayanya dengan kerjasama DITP untuk memanfaatkan dan membina keyakinan dalam pembuatan batu permata dan barang kemas di Thailand," kata Denmekha. "Salah satu misi utama GIT adalah untuk mengeluarkan sijil kepada usahawan yang berkecimpung dalam bidang pengeluaran dan pembuatan permata dan perdagangan barang kemas. Terdapat 4C yang perlu di buat penilaian bagi mengeluarkan sijil untuk batu yang berwarna – warna(colour), karat(carat), kejelasan (clarity) dan potongn(cut). GIT telah mula menetapkan standard untuk batu warna kerana Thailand adalah gudang batu permata. "

Thailand terkenal dengan kualiti dan potongan permata yang baik di seluruh dunia. "Thailand adalah sebuah negara yang baik dari segi sumber, potongan dan mencipta bentuk namun begitu kita perlu membangunkan pemasaran," kata Denmekha. "Kemahiran seni pertukangan Thai juga diakui dunia, sebagai contoh Pandora merupakan salah satu daripada jenama barang kemas terkemuka dari Denmark telah berpindah asas pembuatannya kepada Gemopolis Industrial Estate di Thailand."

Pasaran terbesar batu  permata dan barang kemas Thailand adalah Hong Kong, Switzerland, Amerika Syarikat, Kemboja dan Jerman, walaupun Denmekha menasihatkan pembuat Thai untuk menyedari pasaran global yang sentiasa berubah.

"Terdapat pelbagai faktor ekonomi dunia yang berubah dan boleh memberi kesan kepada industri barang kemas  di Thailand. Justeru, usahawan Thai perlu untuk mengesan trend serta mencari lebih banyak pasaran supaya perniagaan mereka berkembang," katanya. "Negara-negara ASEAN seperti Singapura dan Malaysia merupakan negara yang berpotensi untuk aktiviti eksport dan berkembang sebanyak 5 hingga 10% setiap tahun. Mexico, Chile dan Brazil juga perlu dipertimbangkan. "

GIT juga menggalakkan usahawan Thailand supaya menyertai peringkat antarabangsa. "Kami telah membawa pasukan Thai kami kepada arena global di Singapura, Eropah dan Hong Kong untuk mempromosikan pertukangan Thai dan kemahiran kami," kata Denmekha.

Informasi lebih lanjut, kunjungi http://www.git.or.th

Berita oleh Natthinee Ratanaprasidhi

 

368666