Issue 42

Industri pelancongan Thai mengalu-alukan sebuah tempat hiburan yang inovatif di mana tarian tradisional dari selatan Thai dipertingkatkan dengan teknik pencahayaan terkini.

Pelancongan merupakan sektor yang semakin pesat berkembang di Thailand. Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2015, 24.3 juta pelancong melawat negara ini, peningkatan sebanyak 24.75% berbanding dengan tempoh yang sama pada 2014.

Dari pergunungan sejuk di utara hingga ke pantai di selatan, Thailand mempunyai banyak daya tarikan semula jadi dan buatan manusia untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa. Di bahagian selatan negara itu, wilayah Krabi, yang dikenali sebagai pintu masuk ke pelbagai pantai dan pulau-pulau, kini, PAKA Showpark, adalah satu tarikan yang pertama seumpamanya di Thailand.

Illumanorah adalah kompleks hiburan campuran pencahayaan, menggunakan lampu berwarna-warni LED dan lampu belakang, dan tarian tradisi dari selatan Thai yang indah dipanggil Manorah.

"Persembahan Illumanorah di PAKA Showpark menceritakan fantasi dengan lagu-lagu dan tarian," kata Chatuphol Sittichai, naib pengerusi PAKA Showpark. "Persembahan ini kerap diadakan supaya pelawat mempunyai peluang untuk mengalami pengalaman yang berbeza semasa lawatan mereka."

Idea untuk membina kompleks hiburan adalah sebahagian daripada perniagaan hartanah keluarga Sittichai di wilayah Khonkaen timur laut. "PAKA Showpark adalah campuran penganjur acara dan perniagaan hartanah," katanya. "Saya mahu menarik pelancong dating. Oleh yang demikian saya mula mencari wilayah di mana jumlah pelancong yang tinggi."

Krabi adalah wilayah yang mempunyai jumlah kedua tertinggi pelancong di selatan Thailand, tambah Sittichai, yang menjadikan ia lokasi utama untuk membina sebuah tarikan inovatif yang menggabungkan budaya tempatan dengan teknologi yang menarik.

Nama "showpark" ini menunjukkan hubungan yang kuat dengan kawasan tempatan, dengan PAKA berasal dari Pakasai, nama asal wilayah. Semua penghibur adalah warga tempatan, dan restoran di taman itu adalah kedai kedai makan yang ditubuhkan di Krabi sendiri.

Krabi juga berkembang pesat akibat dari penerbangan terus dari Scandinavia, China dan Hong Kong ke Krabi. Dan juga dari negara-negara jiran, terutamanya Malaysia, semakin melihat daya tarikan destinasi pulau itu.

"Saya menjangkakan bahawa pengunjung dari Scandinavia, China, Malaysia dan Thailand adalah sekata," kata Sittichai. "Lebih banyak pelancung dari negara-negara ASEAN akan melawat Thailand untuk rehat hujung minggu yang pendek."

Sittichai mempromosikan daya tarikan baru ini melalui ejen-ejen pelancongan, serta menghadiri pameran bergerak dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.

"Saya fikir anda perlu memahami kekuatan anda dan inovatif," katanya. "Sebagai seorang pemimpin mungkin sukar, tetapi mengikut orang lain adalah lebih sukar. Matlamat jangka panjang saya ialah untuk mewujudkan PAKA Showpark di wilayah lain untuk menampung lebih ramai pelancong. "
Sittichai juga percaya prospek bagi industri pelancongan Thailand pada 2016 adalah cerah seperti biasa.
"Pelancongan di Thailand akan terus berkembang memandangkan negara mempunyai sumber yang banyak, makanan yang menakjubkan dan orang-orang hebat," katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pakashowpark.com
Ditulis oleh Pimsirinuch Borsub

 

 

 

365837