Setiap tahun, Thailand mengalu-alukan kedatangan berjuta-juta pelancong dari seluruh dunia yang ingin bercuti, bersantai dan dimanjakan. Industri spa telah menyaksikan pertumbuhan yang besar untuk beberapa tahun, seperti yang dilihat dalam pembukaan spa bertaraf dunia baru, Borisud Pure Spa.

"Spa ini telah diilhamkan berdasarkan idea ingin menawarkan kepada pelanggan asal-usul kebijaksanaan spa dan ketenangan abadi," kata Ampa Tiengtrakoonthong, pengurus Borisud Pure Spa. Untuk Tiengtrakoonthong, kesejahteraan pelanggan adalah yang paling penting dengan rawatan khusus yang disesuaikan dengan kehendak dan keadaan individu.

" Produk kesihatan dan rawatan badan kami diperbuat daripada produk semula jadi dan bebas daripada bahan kimia, yang menjamin peremajaan minda, badan dan jiwa," kata beliau. "Majoriti produk spa di sini adalah dibuat daripada herba dan bahan-bahan dari Thailand. "

Dibuka pada tahun 2013 di Mode Sathorn Hotel, lokasi Borisud Pure Spa yang hanya lima minit berjalan kaki dari stesen BTS Surasak membuatkan spa tersebut berbeza dari pesaingnya.
"Kami berbangga dengan kemudahan moden dan rawatan terkini," kata Tiengtrakoonthong.
"Kami menawarkan sauna infra-merah, jakuzi, mandi wap atau mandi sejuk dan pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis urutan badan, lulur badan, balutan badan dan rawatan muka."

Kebanyakan pelanggan yang dating adalah dari Asia, iaitu dari Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Kira-kira 45% adalah pelanggan yang menginap di hotel ini, dan 55% adalah tetamu hotel yang datang untuk membuat rawatan di spa tersebut, menurut Tiengtrakoonthong.

 

Beliau percaya bahawa industri spa secara keseluruhan, memainkan peranan penting dalam membuat spa dari negara Thai dikenali di seluruh dunia. "Apa industri spa Thai tawarkan adalah keunikan dari segi layanan, sambutan yang hangat dan rawatan tradisional Thai yang tidak boleh didapati di tempat lain," kata beliau.

Tiengtrakoonthong juga percaya Komuniti Ekonomi ASEAN(AEC) yang akan datang, akan menyediakan lebih banyak peluang untuk industri spa negara.

"AEC akan membuat perjalanan lebih mudah, yang bermaksud Thailand akan mempunyai lebih banyak pengunjung," kata beliau. "Ini akan mehjadikan pusat spa dan kesihatan memberi tumpuan kepada mengekalkan daya saing melalui perkhidmatan dan produk yang mereka tawarkan. Ia adalah situasi baik bagi kedua-dua pengendali spa dan pelanggan. "

Bagi 2016, Borisud Pure Spa merancang untuk mengembangkan kesedaran jenama dan meningkatkan pendedahan di seluruh Thailand, dan juga di peringkat antarabangsa.

"Kami akan bekerja lebih rapat dengan media elektronik dan menawarkan lebih banyak tawaran di laman web kami kerana kami percaya ini adalah alat yang berkesan untuk menyasarkan pasaran kami," kata Tiengtrakoonthong.

"Pada masa yang sama, kami akan terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan [peringkat] perkhidmatan dan kualiti produk kami untuk mencapai kepuasan pelanggan yang lebih tinggi."

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.modesathorn.com/spa

Disusun oleh: Manisa Maini

 

 

 

368907